nuffnang :D

Sunday, September 30, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN PEMAIN BADMINTON RANKING 1 DUNIA,LIN DAN :)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. 

hari ni aku nk share pasal perkahwinan pemain badminton no1 ranking dunia! LIN DAN dr CHINA :)

Siapa tak kenal dengan Lin Dan, seteru nombor 1 kepada Datuk Lee Chong Wei. Sukar sekali untuk kita lihat Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan. Memang kehebatan Lin Dan ini diakui dunia termasuk Datuk Lee Chong Wei sendiri. Apapun abaikan seketika tentang kisah badminton ini, kita lihat seleksi gambar perkahwinan Lin Dan dan pasangannya, Xie Xingfang yang juga seorang pemain badminton baru-baru ini dalam satu majlis penuh gilang-gemilang.


Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana bertembung dengan kejohanan Japan Open. Sebab tu la Lin Dan tak dapat join Japan Open dan LCW kembali ke carta nombor satu dunia.
Apa yang menarik, Lin Dan sempat membuat sedikit exercise sebelum majlis berlangsung. Nampak dia punya excited tu. Haha. Tapi mungkin ini cara dia sebagai seorang atlit menghilangkan rasa gemuruh dalam diri. Mugnkinlah.

nak tgok LD buat senaman before kawin?


Lebih manis lagi, semasa ikrar perkahwinan ataupun marriage vows berlangsung, Lin Dan telah memegang tangan isterinya dan menjerit “I do” di depan para tetamu. Sweet gitu!

Bertambah power la Lin Dan main badminton lepas ni sebab hari-hari dah ada geng nak belajar smash kat rumah. Haha!

ni pics sekitar majlis perkahwinan beliau :)




CONGRATULATION LIN DAN! 

p/s : Lin Dan dah pun selamat kahwin. Sekarang, xsabar nk tunggu pemain badminton No.1 Negara,Lee Chong Wei pulak berkahwin dgn tunangnya Wong Mei Choo :)

THANKS FOR READING! :D


No comments:

Post a Comment